hit tracker

Good Boys Go To Heaven

Nantikan siri premium Astro Originals berjudul ‘Good Boys Go To Heaven’ bakal menemui penonton bermula 8 Mei 2026, setiap hari Jumaat, jam 12.00 tengah malam di Astro GO dan sooka, atau jam 9.00 malam di Astro Citra (saluran 108). Siri genre psikologi thriller karya Mira Mustaffa dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain. Dibintangi bersama Beto Kusyairy, Zahirah Macwilson, Malek McCrone, Amerul Affendi, Amanda Ang dan ramai lagi.